Tuesday, 18 October 2016

peranan seorang anak

tahukah kita betapa susahnya ibu dan ayah menjaga kita dari kita kecil sehingga kita dewasa? sedarkah kita tentang pengorbanan meraka terhadap diri kita?

apakah peranan kita seorang anak?
Hormat ibu dan ayah
kita perlu menghormati mereka dalam kehidupan kita,kita seharusnya dengar dan faham akan didikan yang diberikan kepada kita. kita tidak boleh degil dalam didikan ibu dan ayah. hal ini kerana mereka ingin anak-anak mereka berjaya dlam kehidupan.

Bantu menbantu
kita perlu banyak menbantu mak ayah kita dalam kehidupan ini. hal ini kerana mak ayah telah banyak bersusah payah dalam menjaga kita dan memastikan kita hidup dalam keadaan yang baik. walaupun nampak ringkas perlakuan itu "bantu", namun besar makna nya bagi ibu, tinggi nilai nya bagi ayah. serorang anak yang didik bantu dapat menbantu kita dengan baik. sejuk hati memandang.

Tidak meningikan suara
kita sebagai seorang anak, perlu menjaga tingkah laku kita supaya tidak mengecewakan ibu dan ayah.dengan meninggikan suara ini, menampakan yang kita tidak beradab dan tidak menghotmati mak dan ayah.

tip-tip berjaya belajar di universiti



Semua insan dilahir kan untuk berjaya. Anda percaya atau tidak, itulah realiti. Namun begitu,kita tidak terlepas dari masalah dalam hidup kita. Cuma sejauh mana anda pandang terhadap masalah tesebut dan bagaimana anda menyelesaikan nya?. Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda ialah beberapa tips untuk anda berjaya di universiti, Antara nya:

  1.  Utamakan matlamat dalam hidup kita, kita mempunyai maklamat tertentu dan mempunyai niat tertentu. Sebagai pelajar, kita  perlu jelas dengan tujuan utama kita iaitu beljar dan mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu. Disini ingin saya tegaskan,anda perlu ingat tujuan utama anda datang ke universiti.matlamat utama seorang pelajar.

  2.  Bahagikan masa
 "Masa itu emas". kenapa perpatah itu ada dalam masyarakat kita? hal ini kerana kebanyakan orang tidak dapat membahgiakan masa dengan betul. kita sebagai pelajar perlu untuk membahagikan masa dengan baik agar tidak tertangguh.

3. Berdisiplin
kita perlu berdisiplin  dalam kehidupan. Displin dapat menetukan kita berjaya atau tidak.knp? sebab disiplin ini adalah merujuk kepada diri,sejauh mana kita dapat hendak sesuatu itu, sejauh mana kita besemangat untuk dapatkan sesuatu.

     

Tuesday, 4 October 2016

KESEJAHTERAAN DIRI

Assalamualaikum w.b.t
 Kesejahteraan diri. apa yang dimaksudkan dengan kesejahteraan diri ini? kesejahteraan diri ini dapat saya kaitkan dengan perasaan dan emosi.Hal ini juga berkait rapat dengan soal ketenangan dalam hidup kita. Dari mana ketenangan itu datang sebenarnya? persoalan ini sering kali saya terfikir dan masih mencari jawapan yang tepat. Akan tetapi, dari sudut agama.. sudah tentu ketenangan itu datang dari Allah S.W.T.  Tuhan yang menguasai bumi dan langit ini. Tiada jadinya kita didunia ini tanpa izin Allah. Balik kepada tajuk kita,kesejahteraan diri, apa yang saya faham ialah berkait rapat dengan diri kita. sejauh mana kita terima keadaan kita, sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita miliki. Apabila kita terima sesuatu keadaan itu dengan hati yang terbuka. kita akan lebih tenang dari pelbagai aspek kehidupan. Hal ini kerana sifat yang merima itu ialah kita redha dengan apa yang di tentukan oleh Allah.

Antara cara yang dapat kita lakukan untuk mencapai kesejahteraan diri:
  1. Menerima sesuatu keadaan dengan hati yang terbuka
  2. Berfikiran positif terhadap sesuatu perkara.
  3. Memahami antara satu sama lain
  4. Sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu
  5. Menghargai sesuatu perkara yang kita lalui.

DUNIA KAUNSELING

Apa yang anda faham dengan kaunseling? Apa yang ada dalam kaunseling? dan apa yang penting nya kaunseling?
kaunseling merupakan satu sesi perjumpaan bersemuka antara kaunselor dengan client dalam menyelesaikan masalah,dimana semua jalan penyelesaian tersebut adalah hak client sepenuhnya. kaunselor hanya akan membantu membuka jalan dengan menanyakan beberapa soalan dan penetapan maklamat kepada client.
Dalam dunia yang penuh cabaran ini, manusia banyak memerlukan bantuan dari pelbagai sudut. Hal ini kerana tiap-tiap dari kita mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Allah S.W.T telah mencipta kita dengan pelbagai kaum,bangsa,jantina dan pelbagai kepakaran yang berbeza. Disini kita dapat lihat bahawa manusia ini perlu bergantung antara satu sama lain ini mencapai kesempurnaan hidup. Dunia zaman kini,terlalu banyak jalan dan cara untuk ditempuhi. Banyak masalah yang dihadapi oleh golongan masyarakat terutama nya orang yang bekerjaya,pelajar-pelajar universiti, dan golongan-golongan muda yang masih mencari hala tuju.

Oleh itu, kaunseling yang sifat nya membantu ini adalah
perlu dalam masyarakat bagi membantu insan-insan yang tercicir dari landasan utama untuk mencapai kesempurnaan hidup.
kaunseling ini akan mengunakan kaedah-kaedah tertentu untuk membantu klien nya dalam menyelesaikan masalah. selain itu kaunseling juga bukan hanya membantu dari segi masalah peribadi,malah turut membantu dalam mengetahui potensi diri dan pekembangan kendiri.