Assalamualaikum w.b.t
saya ingin berceritakan serba sedikit kepada anda tentang salah satu kos yang diperkenalkan oleh UPM di bawah Fakulti Pengajian Pendidikan iaitu Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.
Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) bertujuan
untuk melatih guru kaunseling yang juga berupaya mengajar satu (1) mata
pelajaran di sekolah menengah. Pelajar dilengkapkan dengan ilmu dan
kemahiran teknikal dalam bidang bimbingan dan kaunseling di samping ilmu
pendidikan dan kemahiran mengajar.
Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) adalah program
pengajian selama empat (4) tahun dengan 137 jam kredit. Pelajar yang
selesai mengikuti program ini layak didaftarkan sebagai kaunselor
berdaftar dengan Lembaga Kaunselor.
Peluang kerjaya: Selain dari sekolah menengah, graduan dari program ini di terima
untuk berkhidmat di dalam institusi pendidikan lain seperti MRSM, Kolej
MARA, sekolah swasta serta pelbagai institusi pengajian tinggi di
seluruh negara. Lulusan program ini juga boleh berkhidmat sebagai
kaunselor di institusi pemulihan dan penguatkuasaan seperti PDRM,
PUSPEN, Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian
Kesihatan, Jabatan Agama dan Jabatan Perkhidmatan Awam.