Wednesday, 28 September 2016

Pendidikan bimbingan dan kaunseling

Assalamualaikum w.b.t
saya ingin berceritakan serba sedikit kepada anda tentang salah satu kos yang diperkenalkan oleh UPM di bawah Fakulti Pengajian Pendidikan iaitu Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.
Program Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) bertujuan untuk melatih guru kaunseling yang juga berupaya mengajar satu (1) mata pelajaran di sekolah menengah.  Pelajar dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran teknikal dalam bidang bimbingan dan kaunseling di samping ilmu pendidikan dan kemahiran mengajar.
Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) adalah program pengajian selama empat (4) tahun dengan 137 jam kredit.  Pelajar yang selesai mengikuti program ini layak didaftarkan sebagai kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor.









 Peluang kerjaya: Selain dari sekolah menengah, graduan dari program ini di terima untuk berkhidmat di dalam institusi pendidikan lain seperti MRSM, Kolej MARA, sekolah swasta serta pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara.  Lulusan program ini juga boleh berkhidmat sebagai kaunselor di institusi pemulihan dan penguatkuasaan seperti PDRM, PUSPEN, Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama dan Jabatan Perkhidmatan Awam.


No comments:

Post a Comment