Tuesday 4 October 2016

DUNIA KAUNSELING

Apa yang anda faham dengan kaunseling? Apa yang ada dalam kaunseling? dan apa yang penting nya kaunseling?
kaunseling merupakan satu sesi perjumpaan bersemuka antara kaunselor dengan client dalam menyelesaikan masalah,dimana semua jalan penyelesaian tersebut adalah hak client sepenuhnya. kaunselor hanya akan membantu membuka jalan dengan menanyakan beberapa soalan dan penetapan maklamat kepada client.
Dalam dunia yang penuh cabaran ini, manusia banyak memerlukan bantuan dari pelbagai sudut. Hal ini kerana tiap-tiap dari kita mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Allah S.W.T telah mencipta kita dengan pelbagai kaum,bangsa,jantina dan pelbagai kepakaran yang berbeza. Disini kita dapat lihat bahawa manusia ini perlu bergantung antara satu sama lain ini mencapai kesempurnaan hidup. Dunia zaman kini,terlalu banyak jalan dan cara untuk ditempuhi. Banyak masalah yang dihadapi oleh golongan masyarakat terutama nya orang yang bekerjaya,pelajar-pelajar universiti, dan golongan-golongan muda yang masih mencari hala tuju.

Oleh itu, kaunseling yang sifat nya membantu ini adalah
perlu dalam masyarakat bagi membantu insan-insan yang tercicir dari landasan utama untuk mencapai kesempurnaan hidup.
kaunseling ini akan mengunakan kaedah-kaedah tertentu untuk membantu klien nya dalam menyelesaikan masalah. selain itu kaunseling juga bukan hanya membantu dari segi masalah peribadi,malah turut membantu dalam mengetahui potensi diri dan pekembangan kendiri.





No comments:

Post a Comment