Tuesday 4 October 2016

KESEJAHTERAAN DIRI

Assalamualaikum w.b.t
 Kesejahteraan diri. apa yang dimaksudkan dengan kesejahteraan diri ini? kesejahteraan diri ini dapat saya kaitkan dengan perasaan dan emosi.Hal ini juga berkait rapat dengan soal ketenangan dalam hidup kita. Dari mana ketenangan itu datang sebenarnya? persoalan ini sering kali saya terfikir dan masih mencari jawapan yang tepat. Akan tetapi, dari sudut agama.. sudah tentu ketenangan itu datang dari Allah S.W.T.  Tuhan yang menguasai bumi dan langit ini. Tiada jadinya kita didunia ini tanpa izin Allah. Balik kepada tajuk kita,kesejahteraan diri, apa yang saya faham ialah berkait rapat dengan diri kita. sejauh mana kita terima keadaan kita, sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita miliki. Apabila kita terima sesuatu keadaan itu dengan hati yang terbuka. kita akan lebih tenang dari pelbagai aspek kehidupan. Hal ini kerana sifat yang merima itu ialah kita redha dengan apa yang di tentukan oleh Allah.

Antara cara yang dapat kita lakukan untuk mencapai kesejahteraan diri:
  1. Menerima sesuatu keadaan dengan hati yang terbuka
  2. Berfikiran positif terhadap sesuatu perkara.
  3. Memahami antara satu sama lain
  4. Sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu
  5. Menghargai sesuatu perkara yang kita lalui.

No comments:

Post a Comment